Saturday, October 30, 2010

UNSUR-UNSUR SENI


Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu:
  • Garisan
  • Rupa
  • Bentuk
  • Jalinan
  • Ruang
  • Warna

Garisan 

 
> Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. 
> Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.
 

Rupa 
 
> Rupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
> Aplikasi melalui rupa garisan, warna dan jalinan. 
> Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. 
> Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. 
> Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. 
> Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. 
> Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). 
> Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. 

Bentuk
 
> Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa. 
> Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan biasanya bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan. 
> Bentuk mempunyai struktur dalaman. 
> Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk. 
> Bentuk terbahagi kepada bentuk dua dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi.

Jalinan

 
> Jalinan ialah sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek dan boleh dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan. 
> Jalinan pada permukaan objek alam sekeliling dan objek buatan manusia mempunyai kesan tampak yang berbeza. 
> Tuhan menjadikan setiap objek alam dengan jalinan tertentu untuk manusia memikirkannya. Setiap jalinan mempunyai fungsi dan nilainya tersendiri. 
> Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. 
> Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. 
> Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. 
> Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). 
> Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan.
 
Ruang 
 
> Ruang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni visual. 
> Objek yang berada di hadapan lebih jelas dan lebih besar berbanding dengan objek sama saiz yang berada di bahagian belakang. 
> Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. 
> Manakala dalam karya seni visual, ruang diwujudkan melalui kekuatan gubahan warna, jalinan, rupa dan bentuk.

Warna 

 
> Warna pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. 
> Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. 
> Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. 
> Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder

2 comments: