Tuesday, February 8, 2011

LUKISAN :)

Maksud lukisan.
             Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering atau warna paling sedikit seperti pensil, krayon, pen, pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan sebagainya Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan. Proses melakukan garisan, melorek ton dan juga menggosok juga dipanggil lukisan. Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan keatas sesuatu hasil kerja di namakan lukisan bergantung kepada penggunaan gaya yang ekspesif dan nyata. Bahannya seperti kanvas.,papan ,kulit dan kertas.
Teknik-teknik lukisan
                Teknik garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang, garisan berombak, garisan selari, garisan menyilang dan garisan kontur.Teknik lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik campuran.
 Proses melukis
               Pilih objek yang hendak dilukis. Tentukan sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya. Bahagikan ruang kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan. Buat lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut. Gunakan teknik di atas untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang.
Akrilik_kertas lukisan.
 Cat minyak_kanvas.
Jenis-jenis lukisan.
1.figura.
2.objek kaku./ alam benda.
3.lanskap.